Saturday, August 6, 2011

tumpah lagi air mataku...

Lirik Lagu Beribu Sesalan – Jaclyn Victor, Ning Baizura & Shila
Ku susuri malam ini
Yang tidak berbintang sunyi sepi
Juga rembulan dah menghilang
Dalam kelam ku sendiri

Ku mencari hembus bayu
Yang selalu berbisik madah rindu
Kini membisu dalam sayu
Tidak ku temu suaramu

Kekasihku di jalanan yang berliku
Di saat ku perlukanmu
Tertutup jua segalanya terhadapmu
Di sini ku tersedu-sedu


Setelah cinta pergi
Ku mengusung duka ini diiringi
Kisah janji dimungkiri lagi

Kekasihku di jalanan yang berliku
Di saat ku perlukanmu
Tertutup jua segalanya terhadapmu
Di sini ku tersedu-sedu

Setelah cinta pergi
Ku mengusung duka ini
Diiringi

Kisah janji
Dimungkiri
Dimungkiri

Sia-sia ku
Mencintaimu
Setia padamu
Percayakanmu

Sebak dadaku
Retak hatiku
Luka jiwaku
Dihiris pilu

Sia-siaku
Mencintaimu
Setia padamu
Percayakanmu

Sebak dadaku
Retak hatiku
Luka jiwaku
Dihiris pilu

Beribu sesalanku

sayunyer hati dgr lagu ni...="(

Lirik Aku Permata Salma Mentor 5

Terdampar jauh di hempas badai ku hanyut
Hati merintih terkunci mulut membisu
Perjalanan yang jauh bagai tiada sudahnya
Liku ranjau ku tempuh dalam mencari jawapan

Di sudut kecil hatiku sering berkata
Apa yang terjadiada hikmah sebaliknya
Ku beranikan diri menongkah arus yang deras
Demi hari esok ku relakan

Walau tiada tangan menghulur
Kan ku tetap berdiri teguh ku bangkit semula
Tuhan, hanya engkau mengerti
Perjalanan hidup seorang insan

Kini ku jauh memetik bintang di langit
Berakhir musim dingin kini mekar bunga indah
Tinggallah memori terpahat di dalam dada
Terjawab sudah segalanya

Walau tiada tangan menghulur
Kan ku tetap berdiri teguh ku bangkit semula
Tuhan, hanya engkau mengerti
Perjalanan hidup seorang insan

Aku hanya ingin merasa
Kemanisan hidup di dunia yang ku dambakan
Tuhan hanya engkau mengerti
Perjalanan hidup seorang insan

Walau tiada tangan menghulur
Kan ku tetap berdiri teguh ku
Ku bangkit semula
Hanya titipkanlah doa
Agar permataku terus bersinar 2 kali

Tuesday, June 14, 2011

renew hati kita.......


assalamualaikum semua.....

hurm arny aku nk bincangkan tentang renew balik hati kite, sikap kite daripada yg buruk kepada yg baru,..dri orang yg bhati busuk, pendendam, bongkak kepada yg bsifat pemaaf.....kalau u'll nk tau orang yang berhati busuk ny bysenyer die akan sentiasa x puas hati dengan ape yg kite buat..xkirela kite buat baik ke jahat ke...memang golongan diorang ni x kan pernah bdiam diri sedaya upaya utk menjatuhkan orang yang dier benci sangat2 tu.....sebab diorag 2 busuk hati...

kadang2 dier boleh jerk bertindak xwaras dengan mjatuhkan maruah kite, mengaibkan diri kite ni yang mjadi mangsa tempat busuk hati mereka...apala salah orang tu sampai dia diperlakukan begitu...bukankah salah kalau dalam islam tu menjatuhkan atau mengaibkan perihal seseorang tu di hadapan khayalak ramai....

mereka dahulunya x pernah diajar ker dalam bidang agama, tentang hukum2 islam ni??masyaallah....mungkin disebabkan bende beginila perpecahan umat berlaku....adakah dunia akan kiamat kerana sudah wujud tanda2 perpecahan kaum diantara kaum islam itu sendiri...

YA ALLAH kenapa ye orang camni wujud dalam dunia ni????aku mohon YA ALLAH...KAU kuatkanlah iman aku YA ALLAH dari orang2 sbegini....ye aku tau tiada yg sempurna dalam hidup ny..tpi aku memohon agar diberikan aku kekuatan menghadapi dunia yg penuh kepalsuan yg dicipta oley yg MAHA PENCIPTA itu sendiri....



hanya kepadamu aku bdoa utk semua owg yg teraniaya cmny......

Sunday, June 12, 2011

bosan100000000

hye semua..ape khabar..sihat ker??lame aten comey x update blogkan..hurm xder ape yg nk cterla...2 sebab xupdate...hurm...walaupun byak kejadian pahit manis jadi tapi jari jemariku ini xder ase nk menaip pon hurm 2 yg malas nk update2 2....huhu.....kla kali ni entry kite bosan...bapakla bosan gler kot...pagi ahad yg bosan....dgn housemate aku yg semuanyer still melayan diri pergi ke negeri masing2...cmnerla aku ny xbosan...negeri aku byse2 jerk slalu jerk pegi kot..hahah xder mknenyer nk mlayan diri pergi ngeri sndiri,...klu nk mlayan diri pon biar layan btul2...ha real puyer..bru best...

hurm kbosanan kali ini berbaloi2 sbab dpt luangkan masa mdengar lagu2 baru dn layan lagu meet uncle hussin serta tengok semua movie sepanjang bosan2 duk hostel ni xtau wtpende..movie yg aku xpernah tgok pon aku ley jerk abiskan dalam bosan2 ni......huhu byak idea plk nk tulis 2 ni 2 ni.....walaupun perut dh bkeroncong lagu anuar zain....tpi tahan jerk....sbab hati ni gembira sgt..."walaupun hakikatnye bosan"

kenapa aku bahagia sebab aku ase aku adalah orang pling btuah dalam dunia ni...walaupun slalu ditimpa masalah tapi kalau kite yakin ada ALLAH mlindungi kite, mjagai kite, mberi rahmat pada kite, walau masalah besar skalipun kalau kite igat DIA , insyaallah hati ni xkan susah...tenang jerk selalu.......

dn kalau kite percaya ade orang yang myanyangi kite mesti kite happy jerk slalu...orang2 itu adalah my family and my special friend....hurm itula hadiah yang xternilai yang pernah aku dpat...

hurm dn lagi 1 pengubat bosan aku dikala susah dn senang inila dier gadget2 aku..2 jerk yang mbantu aku kalau u'll nak tau...hurm aku ase kalau xder semua ni, mesti btambah2 bosan aku..depression jadinyer....huhu..

ist gadget aku...my hubby2...buchuk pink...



yang ni plak hand phone pink aku...sangatla chumel dan sudah stahun bsama tuannyer...




huhu ape lagi gadget aku yer....yg penting semua wane pink..bcoz i like pink....

hurm oh yer....my hard disk yg aku bwk kemane sje...sangatla comel gak pgubat kbosanan aku....wane pink also...huhuu..



comel2...semua wane fav aku....huhu...hurm kenapa aku suke pink??sebab aku ase wane ni ceria jerk...yg tua bley masuk, yg mude, yg kanak2 semua masuk kalau amik caler ceria2 cmny....hurm aku bley dikate obses glerla gan pink smpai semua brag2 keperluan aku wane pink..huuhu,...sapela yg bley tahan gan perangai aku ni.,.hurm diantara brag2 pink aku adela mirror, wallet, shoes, blanket, bag, hahaha dn macam2 lagila...hurm okla kawan2..i want stop here...next time aku post lagi ape2 yg mnarik ok...hurm 1 lagi gmbar yg wat aku tenang bile bosan....nyla picture wall yg aku slalu letak kt destop computer aku...huhu


Pelangi hatiku...sangatla tenang ketika melihatnyer....indahnyer ciptaan ALLAH....


Ha yg ni gaun favourite aku....setiap hari kot aku pasang impian utk wearing this gaun...ai lerrr baju bilekah aku akan dapat memakai engkau...hurm....:)

huhu kla kawan2...naty2 aku update agi blog k...skrag ni nak release tension...huhu...jom layan lagu meet uncle hussin dn hazama....kaw timmmm.....like2...

Sunday, May 8, 2011

SELAMAT HARI IBU

KASIH SYG IBU & PBOHONGAN KPD ANAK2 BCE SAMPAI ABBIZ TAU.....

Memang sukar utk org lain percaya, tp itulah yg berlaku. Ibu sy memang seorang pembohong! Sepanjang ingatan sy, sekurang-kurangnya 8 kali ibu membohongi sy. Sy perlu catatkan segala pembohongan itu utk menjadi renungan anda semua.
Cerita ini bermula ketika sy masih kecil. Sy lahir sebagai seorang anak lelaki dlm sebuah keluarga yg miskin. Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan. Ada kalanya selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan seekor ikan masin dikongsi 1 keluarga.Sebagai anak yg masih kecil, sy sering saja merungut. Sy menangis mahukan nasi dan lauk yg banyak. Tapi mak cepat memujuk. Ketika makan, mak sering memberikan bahagian nasinya utk sy. Sambil memindahkan nasi ke mangkuk sy, mak berkata: "Makanlah nak, mak tak lapar."- PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA.
Ketika sy mulai besar, mak yg gigih sering meluangkan waktu senggangnya utk pergi memancing di tali air berhampiran rumah. Mak berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan untuk pembesaran kami adik-beradik.Pulang memancing, mak memasak gulai ikan yg segar dan mengundang selera. Sewaktu sy memakan gulai ikan itu, mak duduk di samping kami dan memakan sisa daging ikan yang menempel di tulang drpd bekas sisa ikan yg sy makan tadi.Sy sedih melihat mak seperti itu. Hati sy tersentuh, lalu dengan menggunakan sudu, sy memberikan ikan itu kepada mak. Tetapi mak dengan cepat menolaknya. Mak berkata: "Makanlah nak, mak tak suka makan ikan." -
PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA.
Di usia awal remaja, sy masuk sekolah menengah. Mak pergi ke kedai dengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih utk menyara persekolahan sy, abang dan kakak.Suatu dinihari, lebih kurang 1.30 pagi, sy terjaga dari tidur. Sy melihat mak sedang membuat kuih bertemankan sebuah pelita di hadapannya. Beberapa kali sy lihat kepala mak terhangguk kerana terlalu mengantuk. Sy berkata: "Mak, tidurlah, esok pagi mak kena pergi kebun pula." Mak tersenyum dan berkata: "Cepatlah tidur nak, mak belum mengantuk lagi." -
PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA.
Di hujung musim persekolahan, mak meminta cuti kerja supaya dapat menemani sy pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting. Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari, mak terus sabar menunggu sy di luar dewan. Mak sering kali saja tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada Ilahi agar sy lulus ujian peperiksaan ini dengan cemerlang.Ketika lonceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai, mak dengan segera menyambut sy dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang dibawanya. Kopi yang kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang mak yang jauh lebih kental.Melihat tubuh mak yang dibasahi peluh, sy segera memberikan cawan sy itu untuk mak dan menyuruhnya minum. Tapi mak cepat-cepat menolaknya dan berkata: "Minumlah nak, mak tak haus."
PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT.Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas sy baru beberapa bulan dilahirkan, maklah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga. Mak bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu lidi dan berjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan.Tapi apalah sangat kudrat seorang ibu. Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah. Melihat keadaan keluarga yang semakin parah, seorang pakcik yang baik hati dan tinggal berjiran dengan kami, datang membantu mak. Anehnya, mak menolak bantuan itu.Jiran-jiran sering menasihati mak supaya menikah lagi agar ada seorang lelaki yang akan menjaga mak dan mencarikan wang untuk kami sekeluarga. Tetapi mak yang memang keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka. Mak berkata: "Saya tidak perlukan cinta, saya tidak perlukan lelaki." - PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA.
Setelah kakak dan abang habis belajar dan mulai bekerja, mak sudah pun tua. Kakak dan abang menyuruh mak supaya berehat saja di rumah. Tidak payahlah lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit. Tetapi mak tidak mahu. Mak rela pergi pasar setiap pagi menjual sedikit sayur untuk memenuhi kekperluan hidupnya.Kakak dan abang yang bekerja jauh di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu memenuhi keperluan mak, pun begitu mak tetap berkeras tidak mahu menerima wang tersebut. Malahan mak mengirim balik wang itu, dan mak berkata: "Jangan susah-susah, mak ada duit." -
PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM.
Setelah tamat pengajian di universiti, sy melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana di luar negara. Pengajian sy di sana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar. Sarjana itu sy sudahi dengan cemerlang, kemudian sy pun bekerja dengan syarikat yang telah membiayai pengajian sy, juga di luar negara.Dengan gaji yang agak lumayan, sy berhajat membawa mak untuk menikmati penghujung hidupnya di luar negara. Pada pandangan sy, mak sudah puas bersusah payah untuk kami. Hampir seluruh hidupnya habis dengan penderitaan, eloklah kalau hari-hari tuanya ini mak habiskan dengan keceriaan dan keindahan pula.Tetapi ibu yang baik hati, menolak ajakan sy. Mak tidak mahu menyusahkan anaknya ini dengan berkata: "Tak payahlah, mak tak biasa tinggal di negara orang." - PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH.
Beberapa tahun berlalu, mak semakin tua. Suatu malam sy menerima berita mak diserang penyakit kanser. Mak mesti dibedah secepat mungkin. Sy menjenguk ibunda tercinta.Sy melihat mak terbaring lemah di katil hospital setelah menjalani pembedahan. Mak yang kelihatan sangat tua, menatap wajah sy dengan penuh kerinduan. Mak menghadiahkan sy sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpakas menahan sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya. Sy dapat melihat dengan jelas betapa penyakit itu telah memamah tubuh ibu sehingga mak menjadi terlalu lemah dan kurus.Sy menatap wajah mak sambil berlinangan air mata. Sy cium tangan mak, kemudian sy kucup pula pipi dan dahinya. Di saat itu hati sy terlalu pedih, sakit sekali melihat mak dalam keadaan seperti ini. Tetapi mak tetap tersenyum dan berkata-kata: "Jangan menangis nak, mak tak sakit." -
PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN.
Setelah mengucapkan pembohongan yang kelapan itu, ibunda tercinta menutup matanya untuk kali terakhir kali.
Anda bertuah kerana masih mempunyai ibu dan ayah. Anda boleh memeluk dan menciumnya. Kalau ibu anda jauh dari mata, anda boleh menelefonnya sekarang, dan berkata: "MAK, SAYA SAYANGKAN MAK." Tapi tidak sy. Sehingga kini sy diburu rasa bersalah yang amat sangat kerana biarpun mengasihi ibu lebih dari segala-galanya, tapi tidak pernah sekalipun sy membisikkan kata-kata itu ke telinga ibu, sampailah saat mak menghembuskan nafasnya yang terakhir. Ibu, maafkan sy. SAYA SAYANGKAN MAK...


petikan dri member aku....dn saat ini aku btul2 rse tharu....dn sgt sdey shingga menitiskan air mata,,,,